February 6, 2009

Ini ke yang kita mahukan?

Apa yang aku tonton di Buletin Utama malam ini sungguh menjelekkan aku.

Di tatkala dunia sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi gara-gara angkara dasar kapitalis yang mementingan keuntungan semata-mata, apa yang berlaku dalam politik Malaysia, Perak khususnya, ialah perkara yang terakhir yang dimahukan seorang rakyat marhaen seperti aku.

Kenapa?
Politikus bertikam lidah, ke sana ke mari bukan utk meleraikan kemelut ekonomi yang lebih buruk dengan apa yang berlaku pada 1997, malah bergelut untuk merebut kuasa dan jawatan. Jumpa Sultan Perak, jalan sana, jalan sini, bergerak kesana kemari dengan angkuhnya menaiki Camry bagi Exco Perak yang kini hilang kuasa, dan pembangkang (BN) dengan kereta yang juga tidak mahu kalah. Akhirnya Sultan Azlan Shah menentukan semua, memberi kuasa kepada BN yang kini memegang majoriti DUN (walaupun dengan hanya 3 ADUN bebas yang memihak kepada mereka).

ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir pula dilantik sebagai MB Perak yang baru. Tatkala perlantikan dijalankan di Istana di Kuala Kangsar, penyokong di pihak lagi satu berdemonstrasi, membuat kecoh. Menghalang trafik dan cuba untuk menghalang konvoi kenderaan Diraja yang turut membawa Raja Dr. Nazrin Shah.
Apa ini?Perlukah demonstrasi dan keganasan?Aku merasakan ia tidak perlu, dan jika dilihat pada senario semasa, ketidakstabilan ialah perkara yang paling tidak dimahukan semua orang. Sangat mengecewakan.

Aku tidak memihak kepada sesiapa. pihak BN salah, pihak PR juga salah. Tidak keterlaluan aku mengatakan mereka ini kurang pandai, kurang bijak dan tidak cukup intelek.Tidak tahukah mereka apa yang sepatutnya menjadi keutamaan agenda mereka?Adakah mereka dikaburi jawatan, kuasa dan wang yang bakal mereka dapat?BN dengan ADUN mereka yang suka melompat-lompat (11 hari je Adun Bote?isk) dan PR dgn agenda politiknya yang tak habis-habis.Aku mahukan hasil, tak mahukan kata-kata manis.

Apabila aku melihat balik apa yang berlaku kepada aku dan sekitarnya, aku menjadi sangat risau. Risau dengan apa yang bakal berlaku kepada Malaysia dan rakyatnya. Wakil rakyat bertelagah, rakyat tersepit, penyokong berdemonstrasi, pelabur lari, rakyat hilang rezeki. Betul, rezeki itu di tangan Allah SWT, tetapi selagi kita tidak berubah, adakah Allah akan mengubah keadaan kita?

Perak sangat dekat di hati aku.Ibu aku anak jati jawa Chenderong Balai, Teluk Intan. Bapa aku berasal dari Tapah Road. Aku pula memang sangat rapat dengan keluarga sebelah mak aku. Nenek, pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku (muda-muda lagi ketika itu) yang jaga aku tika kecil, sedang ibu bapa aku berdua bekerja.Seorang di Kuantan sebagai juruterbang dan seorang di Hospital Universiti (PPUM) sebagai jururawat.Dan kami tinggal di Petaling Jaya ketika itu, 15-18 tahun lepas. 5 tahun di Tronoh juga mendekatkan lagi aku dengan Perak, mengenalkan aku dengan daerah-daerah yang tak pernah aku pergi. Manalah aku pernah sampai Taiping, Kuala Kangsar, Lumut, Manjung, Bota, lain-lain.Teluk Intan dengan Tapah tau la.

Hentikan semua polemik politik ini. Aku dah muak. Aku cuma mahukan kestabilan, kerjaya terjamin dan keselamatan diri dan keluarga, seperti apa yang semua rakyat Malaysia mahukan.

4 annotation(s):

JameL said...

aku tgk buletin utama td..tp dari jauh jek..aku nmpk ar figure rusuhan tu..then aku msk bilik aku trus..update blog..tu yg kluar posting terbaru tu..sekian..

p/s: sesungguhnya aku xminat dgn situasi itu..

Mohd Syafiq Rashid said...

cet.komen yg xde kene mengena dgn ape yg aku post.haha

anto mail tu weh

Luqman said...

sedih aku tgk apa yg jadi kt perak. Melayu gaduh sesama sendiri..

Anonymous said...

Wasting time is robbing oneself.

-----------------------------------