February 9, 2009

Tagged by Kinah - Money vs Job Satisfaction

Aku telah di"tag" oleh Kinah (Maaf, lambat! :p). Tajuknya - Duit atau Kepuasan Bekerja.

1. Money vs Job Satisfaction. Yang mana anda prefer ? Pilih salah satu saja.

2. Sebab ?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Jika ditanya kepada orang lain, mereka mesti menjawab, "ikut keadaan," dan fakta ini telah disokong dengan jawapan-jawapan daripada penulis lain. Dan memang benar, kita tidak boleh memberi jawapan yang konkrit kepada persoalan itu. Semuanya bergantung kepada iklim semasa dan juga diri sendiri. Pada pendapat aku, jika aku hanya diberikan ruang untuk memberi 1 jawapan, aku akan memilih kepuasan bekerja, itu yang pasti. Apa gunanya wang dan faedah sampingan yang banyak jika aku balik ke rumah dalam keadaan stres dan kelam-kabut. Tiada masa untuk diluangkan bersama rakan taulan dan keluarga, kurang masa untuk aktiviti fizikal dan makan di waktu yang tidak tentu.

Kemudian didiagnos menghidapi tekanan darah tinggi, arteriosklerosis, lemah tubuh badan, nafas pendek, dll. Dan akhirnya mati, tanpa sempat menikmati hidup. Tambahan, semua wang-wang pergi kepada orang lain.

(Rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati)

Tapi semua boleh berubah dengan keadaan. Tika muda, tidak salah bekerja separuh mati, mencari wang lebih untuk pinjaman kereta, rumah sewa dan agak penting - belanja kahwin, dan kemahiran serta pengalaman yang tidak disangkal kepentingannya, terutamanya untuk graduan segar (btul ke fresh grad?huhu) yang ingin maju dalam karier masing-masing.

Sudah semestinya, apabila sudah bekeluarga, sudah bersuami/isteri, kita mahu mengurangkan bebanan kerja untuk menumpukan kepada tanggungjawab baru yang kini tergalas di bahu. Jadi, kita mungkin memilih untuk mencari kerja yang lebih kurang tekanannya. Beban kerja berkurang, lebih masa untuk diluang bersama lain = lebih puas dan rileks. Mungkin antara kita yang juga telah naik pangkat ketika itu, jadi kurang beban dikenakan kepada diri sendiri dan lebih tekanan dikenakan kepada orang bawahan.

Apapun pendapat atau hujah, tiada jawapan yang objektif untuk persoalan ini. Ada orang menemui kepuasan bekerja mereka dalam kerja yang sangat mencabar atau begitu teknikal - dan kebiasaan, mereka akan menerima gaji & faedah yang agak menarik dan setimpal dengan apa yang mereka hadapi. Jadi mereka mendapat kedua-duanya - wang & kepuasan. Ada juga yang tidak mementingkan berapa yang mereka dapat, asalkan mereka seronok berkerja, tidak stres serta memberikan sepenuh komitmen kepada apa yang mereka buat. Produktiviti juga boleh dicapai.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kenapa penulisan blog aku banyak dalam BM, bukan Inggeris? Sebab aku rasa kemahiran menulis esei aku dalam BM sangat teruk semenjak aku mendaftarkan diri ke UTP. Apa subjek yang diajarkan dalam bahasa Melayu ketika di UTP?Rasanya tiada 1 pun. Tambahan, BM SPM aku pun bukannya elok sangat.
Dan peperiksaan PTD pada 21hb ini mewajibkan aku untuk menjawab 1 esei dalam Bahasa Melayu. Jadi medan blog ini dapatlah sedikit sebanyak membantu untuk mengembalikan kebolehan menulis dalam BM.
Pelik dan ironik apabila orang Melayu sendiri tidak mampu untuk menulis dan berasa janggal untuk menulis dalam BM, tapi tulis berjela-jela dalam Inggeris. Kurikulum sekolah dan apa yang kerajaan praktikkan juga tidak membantu. Pelaksanaan PPSMI, walaupun ditentang mereka yang menganggap diri mereka 'pejuang bahasa & bangsa' dan penggunaan nama Inggeris dalam nama jabatan dan kementerian.
Dan ahli politik dan NGO cepat membantah, melatah apabila Pulau Pinang menukar papan tanda jalan raya ke pelbagai bahasa, dan di Kuala Lumpur, di mana mereka menukar papan tanda bahasa Melayu ke tulisan Cina.

Polemik politik?Semestinya.

5 annotation(s):

JameL said...

esei BM makin sux dow..
xtau nape..
bkn lupe jati diri..
tp lame x prektis..
esei BI sux..
BM pn sux..
mkin ilang skills aku cmnih...

Mohd Syafiq Rashid said...

ahahahah
xpe
nanti masuk pet blaja la balik :p

KhairunNadiah said...

T___T
aku dedue cm sux je..bhse pasar je gune..ejaan cm dak2~haha..

kamon robo g study tuk PTD!
aku mls sungguh~

Mohd Syafiq Rashid said...

kn:abes la kn.aku da stadi da.ahahah =p


tipu jek.tgk berite sudey

Anonymous said...

betul2..
sbb tu aku cuba untuk menulis blog dalam BM..
terasa seperti agak susah..
ingin kembali menulis dalam BM seperti dulu..
huhu