March 9, 2009

Makan tido memang sedap tapi merbahaya

Aku rasa malam semalam (Ahad) adalah antara malam paling banyak aku makan sepanjang hidup aku.

(tanpa buat apa-apa aktiviti berat eg. futsal.Kalo makan pas futsal tu biasa la, penat woo ahaha).


Perjalanan malam itu: Rumah uncle Fauzi - kawan abah sejak muda-muda time bawak Skyhawk dulu & kedai Nasi Lemak Cinta Sayang milik uncle Shahnon, kawan moto abah.

Latar tempat: Sg. Petani

8.30 pm
Menu destinasi 1 (rumah uncle Fauzi):
Sate & Mi Rojak + kuih muih

Lama aku tak makan sate. Last makan sate, makan sate Bote. Jadi bercucuk-cucuk aku makan.Mi rojak aku makan sekadar rasa. Bukan ape, aku ni pemalu kat rumah orang yang aku tak biasa, dan aku tak berapa sangat kalau mi kuning.heh

10.00 pm
Menu destinasi 2 (Nasi Lemak Cinta Sayang): Nasi lemak + ayam goreng +telur + daging + udang dari kue tiaw abah + teh o limau suam

Abah beria suruh aku pegi ambik nasi lemak tu. Terpaksa la jugak pegi. Lagipun die nak borak-borak dengan uncle Shahnon dgn uncle Non. Borak pasal motor je mau sejam dua.
Nasi lemak dimakan dengan mata menonton final All England Chong Wei vs Lin Dan. Down.
Tapi takde masalah, makanan tidak dibazirkan.Dosa.hehe



Saja nak promote tempat ni. Kedai uncle Shahnon ni tepi jalan je, dekat Cinta Sayang. Dekat je dengan The Carnivall water themepark. Breakfast sini memang penuh dengan orang. Rumah dia pun berdepan kedai je. Kerja kuat wo uncle Shahnon dengan bini dia, tapi memang berbaloi. Worth the hard work, dari pagi sampai malam.

Net profit RM 100 000++ per month.Beli moto besar cash je. La ni dah angkat GTR baru.Hoho

Dia dah nak bukak cawangan kedai kat Shah Alam, Seksyen 6. Dekat dengan UiTM katenye. Sape rase die dekat, gi la singgah.



Persidangan riders Utara: Abah, uncle Shahnon, uncle Non (tersorok)

Balik rumah, sakit perut.Pukul 3 pagi baru leh tido. Cantek.

Esoknya jog 10K + pumping 100 kali + sit up 100 kali.

Tipu jek, petang tadi aku tertido.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Esok aku nak ke pejabat pos, hantar duit nenek, jaket motor Kamala (kalo sempat) dengan resume ke pakcik aku yang kerja kat PPM Melaka. Dia nak tolong aku dapatkan mana-mana company yang ada buat kerja kat PPM ni. Harap-harap ada lah rezeki aku, InsyaAllah. Rumah pun tak susah-susah, umah nenek aku takde orang.hehe

BTW, sape rase dia nak jaket moto, boleh usha aku.Free jek. Jaket moto bapak aku banyak jadi dia nak jual kat bundle. Kamala aku dah simpankan yang paling best, ada padding semua lengkap.
Sape rasa dia nak, untuk naik moto @ bergaya je, meh sound aku.Limited,1-2 je kot.
Tapi saiz XL je ade. Badan bapak aku besar.heheh

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad, Rasulullah SAW.

6 annotation(s):

anep said...

baru hang tau camna nikmatnya duk sp,
pasal mkn mmg xdak masalah..

nasi lemak cinta sayang aku penah try dlu, tp kurang masyuk lg tuh, hg kna try nasi lemak makcik cotcet kt rmh aku lg lyn beb..

Mohd Syafiq Rashid said...

ade mcm nasi lemak pakcik v5 tak?
haha

JameL said...

ala robo
ko tayah nasi lemak
ko mkn nasi cukup
lemak tu ko kan dh ade
xyah ssh ssh cari lemak lagi da

imho...

Mohd Syafiq Rashid said...

baget nak bakar aku ar

xpat jek wei hahah

raje said...

ahhahaha aku gelak gile part sit up sume tuh.
siap dah rase kagum mule2.
cm sial je. hahhaha

Mohd Syafiq Rashid said...

rase kagum tu mmg sepatutnye ade.jgn rase bersalah kerana mengagumi effort aku.

hahahahah