March 7, 2009

Sangat bodoh dan menjelekkan

"Rukun Negara ke-5: Kesopanan Dan Kesusilaan"

"Tanda akhir zaman: Fitnah berleluasa, tersebar merata-rata"

Aku minat baca laman web-laman web yang menerbitkan berita-berita alternatif; berita-berita atau rencana yang 100% pasti tidak akan keluar dalam TV arus perdana. Tranungkite, Malaysia Kini, banyak lagi laman web yang menjadi platform media alternatif. Heck, aku siap bookmark lagi Tranungkite dalam Firefox laptop aku.

Tapi sejak dua menjak ni, aku jadi sakit hati bila bukak laman web-laman web media alternatif ni. Bukan sebab berita atau artikel yang disiarkan, tapi perangai komentar-komentar / komen-komen pembaca laman-laman web tu.

Okeh, aku letak sikit komen-komen pembaca yang niat mereka sangat suci murni; di atas nama untuk "menegakkan keadilan, menghancurkan kebatilan".



'Pick of the day'. Randomly picked.


"Munawarcahayajuboqku...Cilakak !!! Baruah !!! mana hang pi ??? Pilih topik kaaa ??? Bangsat !!!!"

"KARPAL SINGH KATA PEMUDA UMNO CELAKA. SAYA KATA MUNAWIR CELAKA."

"ditaktor najib rosmah menunjukkan belangnya dengan khidmat nasihat dari mahafiraun."

"letak la nama pebenda pon, yg penting mpv baru protoingtoing ni elok bebeno buat angkut babi heh heh heh heh"

"Nama je pemuda. Tapi telor ada sebijik je sorang.. Termasuk lah dgn Munawir Al-Tapiri."

"kacukan anjing dan b4bi ummno nih...berani dengan orang kampung melayu... orang kurang upaya...saja....

bangsat ummno" "akan ku simbah kubur ummno dengan air kencing"



Ok tu baru sikit. Nak banyak lagi, sila lah melawat Tranungkite.
Ni la hasilnya kalau elemen emosi menguasai penilaian. Macam-macam kata keji, kotor, sumpah seranah yang tak sepatutnya. Aku tak mau orang-orang yang macam ni yang berjuang menegakkan keadilan. Tak boleh kawal emosi. Baru dalam forum. Lagi menyedihkan, korang semua Melayu weh!

Dah la gaduh sama-sama Melayu.isk. Sedih aku.

Tambahan sikit,

1. bila Karpal Singh cakap 'celaka' dalam Parlimen kepada Pemuda UMNO

Aku pun hairan la, kenapa ada jugak orang sokong Karpal Singh cakap macam tu dalam Parlimen. Katanya, memang padan dengan Pemuda UMNO.Mungkin, Pemuda UMNO salah. Bukan betul sangat pun.Tapi aku bukan nak cakap siapa betul, siapa salah.

Tak kira UMNO ke, DAP ke.
Ini berkenaan isu etika dan "Kesopanan dan Kesusilaan", tambahan lagi dalam Parlimen Malaysia di mana Perlembagaan Persekutuan digubal.
Aku tak payah jadi Ahli Parlimen pun tau. Kalau betul sekalipun Pemuda UMNO yang hantar peluru tu, cakap la elok elok sikit. Nak maki sangat, maki la luar dewan.

Jangan lupa, selaku seorang Ahli Parlimen pilihan rakyat, tingkahlaku anda diperhatikan 24 juta rakyat Malaysia yang segelintirnya mungkin mencontohi mulut anda.




2. Posting dalam blog ni yang mengatakan Saiful Azlan tenat sebab sumpah laknat yang dia buat dulu.

Baca komen-komen dalam blog tu sekali. Tak kisah yang si Saiful ni betul sontot bontot Anwar Ibrahim ke tak, kita letak tepi dulu.
Ada jugak manusia-manusia yang bijak pandai ni, percaya bulat-bulat, hentam terus Saiful.

"Padan muke die, hahaha.Sumpah lagi"

Tapi bile masuk tv, sihat walafiat, boleh jalan sana sini, buat report polis. Aku sunat kat kampung dulu pun terbaring 2 hari, takut bentan. Inikan anu bernanah.Aduh aduh.

Tak kisah Saiful ke Anwar yang betul, tak kisah sumpah laknat Saiful tu makan tuan di lain hari, yang penting - FITNAH.Fitnah bermaharajalela.

Periksa kesahihan cerita tu dulu.


Nampak tak kepentingan kita menuntut ilmu di situ?

As Ms. Ena Bhattacharya had said sometime during the PCS class, it's essential to establish our credentials to the audience.

Berguna ilmu PCS tu. Tu sebab bila aku dengar & baca (especially budak-budak UTP & orang-orang terdekat dengan aku) pasal politik ni, aku jarang menyampuk/tak cakap/tulis banyak.Sebab: no credentials.

Alah, sape2 yang tulis kencang2 dalam blog ke, forum ke, sumber korang still refer dari website-website, surat khabar, forwarded emails yang korang pun tak sure ape credentials diaorg, bukan established, unless direct from the pure, primary source. And only a few privileged to have that. Kan?kan?


Okey, sesi penutup:

1. Bersopan-santunlah. Aku pun mencarut jugak, tapi boleh lagi la kawal. Kata nak perjuang kebenaran, emosi tak boleh kawal tak boleh juga.Api lawan api, marak la lagi. Kena sentiasa rasional. Cool, macam Ir Nizar.haha

2. Fitnah akhir zaman ni macam-macam, jadi berwaspadalah dengan apa yang dibaca. Tak pasal-pasal dah sebar fitnah, dah dosa kat situ.

3. Establish your credentials.Ingatlah apa yang lecturer PCS korang ajar tu. Betul dan sangat berguna.heh.

4. Susah nak jumpa sumber berita yang betul-betul independent sekarang. Yang seko tu, Government-bias, seko lagi Pembangkang-bias. Sama je. Jadi baca la dua-dua, jadi terbuka sikit minda. Pihak sana kita sepak, pihak sini kita terajang.


*Komen rakan taulan sekalian amatlah dialu-alukan. Kata generasi pembangun bangsa, bakal pemimpin negara, pengoncang dunia.Kaman2




*Disclaimer:Artikel ni tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ini adalah pandangan tulus ikhlas dan neutral dari penulis.




5 annotation(s):

JameL said...

totalky agree with u robo...
especially dgn quote establish ur credentials tu...
same goes to me, bile rakan rakan bebicara pasal politik aku mls amik port...dh sah sah dorg membace dari media alternatif atau disogok oleh fakta dari satu liga sahaja...hasil die pn boleh dipredict dgn mudah...

my opinion is, politic will goes nowhere kalo cm nih lah gayenye...

sya_sakura said...

erm tgh blog-hopping, then terjumpe ur blog.. so firstly, sorry for interfering.. hoho..

Erm, i agree with u.. People nowadays lack manners and they let their emotions cloud their judgment and decisions.. Sgt sedih gak la tgk sesama melayu duk mengata2 masing2 cmtu.. by right they shud focus their energy on making things better, not bashing each other.. it seems like semua cm nk glamer je.. mostly ckp je byk, tp effort kearah kebaikan and kemajuan tak brape nk nmpak, asek nak jatuhkan org je..

*changing the world starts from small, by changing ourselves first~

Mohd Syafiq Rashid said...

wow aku ingat semua dah tido,aku paling lambat.ade lagi rupenye

hahaha

betul tu, slalunya orang akan rujuk ke sumber-sumber yang berpihak ke sebelah pihak je. Regardless of BN or PR. Takde cross reference

Tapi betul lah, perangai Melayu mcm ni yang buat aku sakit hati sangat. Benda remeh diutamakan dulu.Gadoh sama-sama sendiri, orang lain tepuk tangan gembira kita berpecah.

Politicians pulak kaki bakar.huh

JameL said...

kaki bakar tu ??? cm seswai tuk aku jek ... kah kah kah

Anonymous said...

tranungkite hampeh..berjuang utk ape ntah..