June 10, 2009

Hidup beb, hidup!



Haih.

Macam-macam jenis orang yang kita boleh jumpa sekarang ni.
Bila kita dah bekerja, dan terlbat secara langsung atau tidak langsung.
Tambah-tambah lagi budak-budak yang kepompongnya dalam asrama je, macam aku.Kena "culture shock" sikit.
Kurang arif, walaupun merata-rata tempat aku dah pernah tinggal.


Aku sedar,sedikit demi sedikit, orang ni pelbagai jenis, lebih dari apa yang kita sedia tahu.
Rasanya macam kita bagus, kita dah tahu macam-macam, kita dah kenal ramai orang.
Dan bila kita berborak, kita bergaul dengan orang daripada pelbagai lapisan, pelbagai asal usul, ia membuatkan kita berfikir dan merenung.

Kadang-kadang kita berasa bersyukur dengan apa yang kita dapat.
Kadang-kadang kita berasa rendah diri ataupun dengki dengan apa yang orang lain telah capai.
Kadang-kadang kita berasa bernasib baik, sebab kita tak perlu melalui apa yang orang lain telah hadapi.
Kadang-kadang kita berasa panas hati atas sebab-sebab peribadi.
Kadang-kadang kita berasa sangat bersyukur, kerana kita masih ada kawan-kawan, dan orang tersayang.



Memang betul ape yang orang-orang tua selalu kata.
Selalu nasihat.

"Nanti ko kerja, ko tau la macamana hidup,macam macam orang ko akan jumpa" - Abah
"It's all about human touch," - En Din



Langkah ke alam pekerjaan ni, bukan langkah bersahaja,bukan hanya langkah untuk kita mencari wang poket sendiri.
Langkah ini memang satu langkah yang amat besar, untuk mematangkan diri.Untuk memikirkan apa yang terbaik bukan sahaja untuk kita, tetapi orang di sekeliling.

Hidup ni bukan boleh hidup sorang-sorang.

4 annotation(s):

haziah said...

huhu takut lak aku nk masuk ke alam keje~ tp all of us are going to face it 1 day =) caiyok caiyok!!1

Mohd Syafiq Rashid said...

yeahhhh cmon haziah
abeskan stadi ko cpt2 :P

Anonymous said...

btol...
sgt2 btol...
da muak dgn hidup kerja..
nape la kerja awal2 sgt..
hahaha

Mohd Syafiq Rashid said...

carik duit kinah
leh kawen awal
muahahaha