June 25, 2009

Tak habis habis nak emo je.cam lahanat

Scene: KLIA Cathodic Protection Project, IF repair & Magnesium Anode Installation


Aku jadi sangat bengang akhirnya.
Mana la budak-budak ni tak melenting, tak memberontak.

Patutkah dimarahi gila-gila,dianggap gagal dalam kerja - apabila anda terlewat sedikit.
Sedangkan anda perlu berulang-alik dari Masjid Tanah - KLIA tiap-tiap hari, selama seminggu, tiada peruntukan untuk penginapan berhampiran.
Sedangkan anda perlu membawa van dan mengerah kudrat melampau membuka bolt dan nat berkarat bersaiz 40mm pada paip 14in. menggunakan alatan yang manual dan serba kekurangan.
Sampai spanar besar pun boleh bengkok.



Ok, memang aku buat sikit je kerja berat tu. 2 orang rakan sekerja aku (technician) yang banyak buat.Kerja pun dah siap.

Tapi aku memang sangat-sangat bengang dengan orang yang tidak faham betapa teruknya kudrat mereka dikerah.Kerja ni bukan kerja yang biasa, kali pertama cuba dibuat.

Aku boleh bangun awal, tiada masalah.
Tapi untuk mengejutkan mereka yang terlalu penat, aku pun tak sampai hati.Tetap juga digagahkan diri untuk bertolak awal kerana komitmen.

Namun, masih dimarahi, anda dianggap gagal dalam menguruskan projek.WTF?

Entahlah.Apalah nak jadi.Semakin lama semakin tawar hati.




*Sabtu ni kena pergi PAC (PTD Assessment Centre) kat INTAN KL.Wish me luck!

1 annotation(s):

JameL said...

besele tu...kerja kan